Thursday 7 June 2012

Mengorak selangkah lagi -Apam Polkadot sebagai Doorgift Majlis

Mengorak selangkah lagi untuk menkomersialkan Apam Polkadot sebagai DoorGift di Majlis2 tertentu. Sedang mencari bahan dan paking2 menarik. Mencari idea2 terkini bagi memberi kepuasan kepada pelanggan.Akan cuba memberi harga2 rendah & menarik supaya semua pelanggan gembira dengan hasil kerja saya. Akan cuab juga mempelbagaikan bungkusan doorgift sesua peredaran masa dan teknologi.


Projek Apam Polkadot Mei

Bulan yang sibuk, Mei 2012. Banyak pula task bulan ni dengan krusus, meeting & servei2 menyebabkan saya tidak sempat mengupload tempahan Apam Polkadot. Tempahan sentiasa ada setiap minggu seperti juga bulan2 lain. Dikesempatan yang sedikit ini rasanya eloklah saya upload dulu job2 Polkadot yang sempat saya ambil bulan Mei 2012.


Tempahan dari kawan sepejabat untuk majlis kenduri kesuyukuran naik rumah baru . Katanya tak sempat nak rasa dah habis . Ramai yang sukakan apam polkadot ini. warna yang ceria serta rasanya yang enak tambahan pula dengan inti blueberry & kaya yang sangat sesuai sebagai makanan pencuci mulut.

Ini pula tempahan dari Pn Huda Farhana 100 pcs inti blueberry untuk di sedekahkan ke Surau kediaman mertuanya sempena majlis bacaan yasin.


Apam Polkadot inti kaya permintaan Pn Zuriati 50 pcs untuk jamuan mesyuarat unitnya.Diambil jam 10.00 pagi untuk minum pagi.


Tempahan Pn.Maheran dr Unit Akaun untuk majlis makan2 bersama keluarga hujung minggu . 100 pcs inti bleberry & kaya.

Tempahan terakhir Mei Ini pula tempahan Pn. Zaini khas untuk dibuat hantaran pertunangan kakak iparnya . Permintaan warna Merah/krim inti blueberry. Sempat siapkan sebelum pulang bercuti di kampung hujung bulan Mei tempohari.

Monday 21 May 2012

TEMPAHAN APAM POLKADOT MEI

Lama sudah tidak menulis apa-apa di blog ni. Kesibukan dipejabat & banyak kursus pada bulan ini membuatkan saya tiada kesempatan untuk memupload pic tempahan.

Dikesempatan yg sedikit ini saya akan upload tempahan bulan Mei 2012.



Polkadot hitam putih sempena Ulang tahun kelahiran si bongsu pada 13hb Mei 2012. Jamuan kecil dirumah diceriakan dengan apam polkadot & apam mekar



 







Tempahan pertama dari Pn Rohimah untuk majlis pertunangan anak saudaranya di Pekan Pahang. 200 pcs inti kaya.

   

Tempahan ke-2 dari Pn Farah sempena Majlis bersama kakitangan Unitnya. 100 pcs inti kaya & blueberry


Tempahan Ke-3 dari kawan baik ku Rozita untuk Majlis Bacaan Yasin di kediamannya di Taman Tun Perak Rawang Selangor. 100 pcs inti kaya. Pic diambil sebelum packing.


Tempahan ke-4 dari En Dino 100 pcs inti kaya untuk mencuba.


Tempahan ke-5 dari Farah untuk anak2nya 50pcs inti blueberry.

Ini lah dia tempahan ke-5 dari Pn Salmi sempena Harui Guru sekolah anaknya.
Dua kotak dibungkus dalam bentuk hadiah siap beriben 15pcs setiap pax RM 5.00/ pax


Ini pulak untuk anak sendiri. Culuplah hadiakan cikgu dengan Apam Polkadot yang dihias cantik dalam kotak & riben menarik & comel.


Insyallah minggu ini ada lagi tempahan dari Pn Huda Farhana Khamis & Pn Saizatul Maheran Jumaat. Pic akan diupload nanti.

Walaupun sibuk dengan urusan dipejabat & krusus tetapi masih sempat mengambil tempahan. Cuma dalam kuantiti yang kecil sahaja agar tidak menghampakan kawan-kawan.....


Thursday 26 April 2012

TEMPAHAN MINGGU KE-4

Salam sejahtera,
Minggu ini tidak dapat mengambil banyak tempahan kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Hanya 200 biji dari anak saudara dari Ampang. 100/kaya & 100/blueberry. Malam tadi siap 200 biji apam. Akan diambil sendiri olehnya sebentar lagi. Alhamdulillah walaupun tak banyak tapi tetap ada rezeki .

Tuesday 24 April 2012

TEMPAHAN MINGGU KE-3 APRIL

Minggu ini ada tiga tempahan Apam Polkadot. Walaupun kesihatan tidak berapa baik. Tetapi tempahan Apam tetap juga diterima untuk tidak menghampakan permintaan kawan-kawan. Tempahan pertama untuk hari Sabtu pagi dari Christine, Mama comel yang sedang sarat mengandung, 100 biji . Permintaam Apam Polkadot biru/pink untuk sambutan hari jadi anak buahnya seorang lelaki dan seorang perempuan. Permintaan ditunaikan Apam Polkadot biru/pink telah siap dibuat.

Petangnya menyiapkan Apam  Polkadot tempahan Anak Buah dari Ampang, datang ambil sendiri sebelah malam. Permintaan filing "kaya", memang sedap. Tak pernah buat sebelum ini tetapi kombinasi inti kaya memang menambah rasa pada Apam Polkadot. Tempahan 50 biji blueberry dan 50 biji inti kaya berjaya disiapkan dan telah diambil malamnya. Terima kasih Lin & Lan. Minggu ini mereka menempah lagi 200 biji .

Ahad, terima tempahan dari kawan pejabat Asnah Hashim 100 biji untuk sarapan bersama keluarga. Paginya dihantar di kediamannya di Desa Jaya Kepong.

Terima kasih kepada teman-teman yang sentiasa memberi sokongan pada perniagaan saya. Untuk minggu ini tiasa pic di upload kerana ada masalah teknikal sedikit. Insyallah pic akan dimasukkan minggu hadapan.

Semoga jumpa lagi dilain masa. Berminat untuk merasa Apam Polkadot dari saya sila hubungi 019-3540086 atau email niza_hai@yahoo.com.

Sunday 15 April 2012

TEMPAHAN POLKADOT HUJUNG MINGGU


  

Hujung minggu yang memenatkan. Tapi tetap gembira bila ramai pelanggan menggemarinya. Menyiapkan 600 biji Apam polkadot dari Jumaat hingga Ahad.


 
Tempahan daripada Tn.Hj. Mohd Arif (Bob) hantar ke Cheras untuk Majlis Cukur Jambul anak pertama beliau. Pulang dari kerja jam 7.30 malam , selesai semua tugasan rumah & anak2. Terus menuju ke dapur untuk memulakan tugas membuat Apam Polkadot. Hampir jam 1.30 pagi baru selesai 300 biji. Apapun badan perlukan rehat. Sambung semula jam 5.00 pagi selepas merehatkan badan hampir 3 jam.  Jam 7.00 pagi bertolak dari Kepong ke Cheras. Atas bantuan seorang rakan, rumah yang dituju agak mudah ditemuai. Terima kasih pada penunjuk jalan.

Balik dari Cheras hantar Apam Polkadot terus sambung tugas menyiapkan 100 biji lagi tempahan dari Awien . Petang hantar ke pejabat di Pusat Bayaran Setempat FRIM.




Job terakhir pada hari Ahad, Apam Polkadot untuk Birthday Girl anak kawan di pejabat Pn Zalina Mustafa. 100 biji. Sayangnya pic tak sempat rakam dan kena Pick Up ngan tuannya.... Tepat jam 7.00 malam .

Tempahan 600 biji pada hujung minggu ini betul2 mencabar diri.. Apapun hati tetap puas & gembira kerana berjaya memenuhi semua tempahan dari rakan-rakan.
Pada yang berhajat untuk membuat tempahan, hubungi saya di 019-3540086 atau email ke niza_hai@yahoo.com.

Semoga bersua lagi dilain post..

Thursday 5 April 2012

TEMPAHAN DARI LILI & STAFF EVENTS SECURITY



5hb April balik dari kerja terus ligan menyiapkan 400 biji apam polkadot yang ditrmpah oleh kawanku Lili dan juga kawan pejabat adikku di Jalan Ampang KL. Boleh tahan juga penatnya menerima tempahan yang banyak pada hari bekerja. Tapi alhamdulillah saya berjaya juga menyiapkan tempahan-tempahan tersebut pada jam 1.00 pagi. Hasil yang menarik pastinya menghilangkan penat lelah menyediakannya. Inilah hasilnya Apam Polkadot ku.


100 pcs- Tempahan dari Pn Lili untuk jamuan di pejabatnya.
Terima kasih atas tempahan yang dibuat.












300 pcs - Satu lagiiiiii...... Tempahan dari kawan pejabat adik di KL. Dibungkus 100pcs setiap pek.











Selain rasa yang enak, tarikan apam polkadot ini adalah warna-warna yang ceria & menarik serta filing didalamnya mengikut citarasa pelanggan. Saya sediakan filing Blueberry, Kiwi & Strawbery sebagai pelengap rasa Apam Polkadot ini.
Terima kasih semua keran menyukai Apam Polkadot yang saya sediakan. Untuk tempahan sila hubungi saya di 019-3540086 atau boleh emailkan kepada saya niza_hai@yahoo.com.